[ ]
Intan Shazeera Zaki ♥







✿ Facebook
✹ Twitter
Wechat ID :intanshazeera
Instagram :intanshazeera
+
+

kasih seorang mama ON 2 Jun 2012 AT 09:35




Assalamualaikum-blog header-bigger Pictures, Images and Photos





aku ada mama dan korang pon ada mama kan ? 
tapi mama aku tak sama macam mama korang 
mama aku cume ade aku dengan adik aku je :')
apa yang korang rasa tentang mama korang ?
hari ni aku nak share sikit  tentang mama aku .
aku ada mama yang lain daripada yang lain , mungkin telah ditakdirkan oleh ALLAH untuk mama tabah dan kuat mengharungi dugaan yang diberikan oleh illahi .
setiap penat lelah mama aku tak penah dengar dia merunggut , bahkan sepanjang hidup aku , aku tak pernah rasa lapar ataupun tak cukup segala galanya .
apa yang aku mintak insyaallah akan ditunaikan oleh seorang ibu yang di panggil mama .
macam macam dugaan yang diberikan kepadanya dan dia laluinya dengan hati yang terbuka dan masih boleh menjaga aku dan juga adik aku , mungkin di mata orang tak de la susah mane pon nak jaga anak setakat 2 orang tu kan ?
tapi aku yang setiap hari melihat kepenatan mama ketika dia balik keje , tapi tak penah pon dia cakap penat atau apa ... 
tapi aku tak penah tau apa yang ada dalam hati mama , 
aku hanya mampu melihat kepenatan mama ketabahan mama menjaga aku dengan adik . 
adakah patut aku menyimpan sedikit dendam kepada orang yang telah menyakiti hati mama ?
mama selalu cakap kita kene buat baik dekat orang walaupun orang dah buat jahat dengan kita , tapi aku tak paham kenape mama selalu macam tu , 
percaya la setitik air mata mama yang keluar aku dapat merasakan sakit yang dialami ,
makin aku besar makin aku tau apa itu erti kehidupan yang sebenar , pengalaman mengajar aku untuk terus faham tentang kehidupan yang sebenar . 
dalam senyum mama aku tau mesti ada rasa sakitnya , kenapa korang selalu sakitkan hati mama aku?
korang seronok ke ? korang seronok tengok penderitaan mama ? 
ingatla setiap perbuatan pasti ada balasanya ,
janji aku hanya satu ... 
nak jaga mama macam mane mama boleh jaga aku 
sekolahkan aku , dan memberi aku peluang untuk memegang segulung ijazah dengan hasil titik peluh mama  sendiiri .
setiap apa yang dilalui oleh mama sudah tentu ada hikmah di sebaliknya .
dan setiap perbuatan jahat pasti akan dibalas dengan kesengsaraan kelak dan ALLAH tidak akan memberi dugaan jika hambanya tidak mampu untuk menyelesaikan nya :)
doa aku sebagai anak kepada mama adalah ingin melihat mama bahagia dunia dan akhirat , dimurakan rezeki dan mendapat ganjaran pahala dan payung emas yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT amin amin :)
 

0 CHEONSA